Skip to content

Mula menulis

Di sini saya akan menerangkan cara-cara hendak menulis post dan page serta mengubah atau membuang post atau page yang telah sedia ada.

  1. WordPress menyediakan dua keadaan untuk anda menulis iaitu posts dan pages.
  2. Posts adalah catatan harian anda. Manakala pages pula paparan yang statik, ia tak akan dipaparkan secara lalai, tetapi ia boleh diakses dengan pautan atau menu pages yang disediakan oleh bloger.
  3. Namun begitu anda masih lagi boleh menetapkan paparan yang utama untuk blog anda, iaitu paparan pada halaman hadapan apabila pengguna membuka blog anda.
  4. Mari kita mula menulis pages
  5. Setelah anda log masuk, anda akan dipaparkan panel ( dashborad ) yang membenarkan anda membuat apa sahaja yang dibenarkan di dalam blog anda.
  6. Bagi Menulis halaman atau pages, anda perlu klik pada menu pages disebelah kiri anda, pilih edit, atau add new.newpage
  7. Masukkan tajuk dan taiplah kandungan halaman anda. tulispage
  8. Pilih parent ( menu belah kanan anda di bawah attributes ) jika page anda berada di bawah kategori yang lain. Jika tidak tajuk page yang anda tulis itu akan menjadi parent.
  9. Selesai sahaja anda menulis klik sahaja pada publish. publish
  10. Kalau nak tengok sangat dah penulisan halaman anda ini, klik sahaja pada view page atau visit site ( menu atas ) visitsite
  11. Anda berjaya membina sebuah halaman. Teruskan dengan tutorial seterusnya.

3 Comments

Leave a Comment
  1. mybef2005 / Oct 22 2009 1:45 am

    Terima kasih ckgu Ali. Pengajaran yang berkesan.

  2. skhujungbandar / Oct 22 2009 2:03 am

    DAH BOLEH DAH. TQ

  3. zieeya85 / Oct 22 2009 2:44 am

    TQ To Cikgu Ali cos Ajaq kami Uat Blog WordPress…….

    Sincerly

Leave a reply to zieeya85 Cancel reply